Gambar rumah dato seri vida umur
Kehangatan kisah percintaan dan perkahwinannya kebelakangan ini juga telah meletuskan namanya secara viral di media sosial. Berikut dikongsikan kisah kehidupan DSV sebelum mendapat liputan meluas dan menggegarkan Malaysia dengan kekayaan dan kejayaan-kejayaan yang dimilikinya. Siapa sangka Vida suatu ketika dahulu pernah dibesarkan dalam kehidupan yang susah tanpa kasih sayang seorang ayah.
Pengalaman berada dalam keluarga yang kurang berada telah mendidik Vida untuk lebih berdikari. Dia mengenal kesempitan hidup selepas bapanya, Othman Abdullah, yang memiliki sebuah kilang papan, meninggal dunia ketika dia berumur sembilan tahun. Sepemergian bapa, ibu Vida menoreh getah demi meneruskan kehidupan mereka anak beranak. Manakala Vida pula menjual kacang putih dan nasi bungkus ketika sesi persekolahan, bagi membantu meringankan bebanan ekonomi keluarga.
Menurut Vida, ibunya sanggup menjual sebidang tanah demi membiayai pengajian beliau ketika di USM. Dia mencabar diri menceburi dan mempelajari bidang kecantikan yakni dandanan rambut dan solekan, sebelum membuka perniagaan salun kecantikan sendiri bermodalkan RM, yang dipinjam dari bank. Menambah modal sedia ada, Vida turut berniaga di pasar malam, selain menjual makanan dan telekung.
Untuk info boleh call/ws untuk beli online (yani) / (ana).
Menamatkan khidmat sebagai guru selepas 12 tahun, dia beralih sebagai tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan MLVK untuk kursus dandanan rambut dan solekan. Ketika mendidik anak muridnya, dari situ timbul idea untuk menghasilkan produk pencuci muka keluaran sendiri yang membawa kepada kelahiran perniagaan kosmetik 'Vida Beauty'.
Kegagalan dalam pengiklanan produk menyebabkan Vida berasa tertekan lantas menghidap penyakit tekanan darah tinggi, yang kemudian mencetuskan ilham untuk pemasaran produk kesihatan terbaharu diberi nama Pamoga. Pamoga hanya terjual botol dalam masa setahun, namun hanya selepas Vida tampil mengiklankan sendiri di radio RTM Kelantan FM, baru jualannya melonjak naik sehingga , botol sebulan!
Ia tidak termasuk jualan produknya yang lain yang mana kesemua mencapai lapan angka jualan sebulan, selepas hampir 10 tahun Vida mengabdikan diri dalam bidang perniagaan. Perkahwinan pertamanya dengan Mohd Amin Yasin pada hingga , dianugerahkan empat orang cahaya mata. Kredit video: Anak pengasas Vida Beauty mangsa kebakaran.